Terima kasih kerana sudi membaca blog milik Nazrey Dylandy yeahh ! saya tahu blog saya tidak sehebat mana ,tapi setiap yang datang ke sini amat saya hargai ! :D

Reject tanpa berfikir

Orang tanya - apa yang aku tak setuju. Jawapan aku, semuanya. Bukan apa yang dikatakan, tapi apa yang mewakili dia. Janggut dia, rambut dia, cara dia main gitar - semua. Satu benda pun aku tak setuju. Opinion doesn't matter anymore, kan? Kalau para serbanistas boleh reject Marx atau Nietzsche atau Zizek atau Kierkegaard atau Jean Paul Sartre, tanpa melihat apa nilai moral dan kebaikan, aku pun boleh buat macam tu. Fair and square game. Nak panggil aku judgemental, so how do you?

Semua orang bercakap pasal syurga dan neraka. Nak masuk syurga dan taknak masuk neraka. Semua orang kata diri patuh dengan Tuhan rapi kalau semua cakap begitu kenapa masih huru-hara? Mana silapnya? Apa silapnya? Dan siapa yang nak mengaku silap ini?

Bukan cara sampai sahaja - cara berpakaian, cara bercakap ,cara berjalan, cara duduk, cara makan, cara bernafas, cara tidur - semuanya - simple. Sebab korang yang selalu bercakap pasal Islam dan reject para ahli falsafah Barat, main reject tanpa tengok apa yang dibawanya. Nilai sosialisme dan berkongsi sama rata macam Marx tak tengok. Setiap manusia wajib ada peluang untuk jadi seseorang yang dia mahu macam Adam Smith korang tolak.

Renung-renungkanlah manusia masa kini.

dulu pernah terjadi,kini bakal terjadi sekali lagi..

assalamualaikum,terasa lama sangat tak merepek di sini..maklumlah tahun baru yang agak sibuk,bukan sibuk sangat pun,aku saja yang menyibukkan diri dengan benda merepek..

seperti yang kita ketahui,macam-macam perkara sudah terjadi pada tahun 2012 ini..kepada sesiapa yang berjaya mendapat ahli keluarga baru,tahniah diucapkan kepada anda..yang dapat kerjaya baru,tahniah juga kepada anda..yang dapat gadget-gadget terbaru,untunglah jadi anda..haha

dunia sekarang dah semakin huru-hara,tak payah tengok berita pun aku boleh tahu..macam mana?aku dapat tahu dari laman-laman sosial lah,kan dunia sekarang sudah maju..gunakan kemudahan teknologi seadanya dan semahunya,tetapi jangan sehingga melampaui batas-batasnya..

SOPA,satu nama yang agak baru dalam kepala otak aku namun bukanlah nama baru dalam dunia siber masa kini..SOPA yang turut dikenali sebagai Stop Online Piracy Act,adalah sejenis makanan yang dihasilkan daripada susu lembu..ehh apa aku merepek nih?silap-silap!ahh pandai-pandai laa korang google..

kerana SOPA ini,Wikipidea telah melancarkan mogok dengan menutup seketika webpage dorang..tak lama lagi sekiranya SOPA ini berjaya dilaksanakan,akan tiada lah laman-laman sosial yang sering kita surf di internet..tak ke haru hidup?awal pagi semalam Megaupload pula telah mengikuti langkah Wikipedia sebagai tanda protes ke atas SOPA..jangan lepas ni Mediafire pun turut sebegitu sudah,gelap masa depan bagi pemuat turun tegar seperti aku..

p/s : aku tak tahu sama ada SOPA ini akan diteruskan atau tidak,harap-harap bakal berakhir secepat mungkin kerana aku tidak mahu semua laman-laman web yang aku gemar lawati ditutup begitu sahaja..

isu semasa - apa ni main ludah-ludah ..

-mohon maaf beribu kali maaf sekiranya entry kali ini ada berbaur politik-

seperti yang kita semua tahu ,isu semasa kini semakin hangat diperkatakan dengan isu mahasiswa ..ya mahasiswa ,apa yang telah mereka lakukan ?aku sendiri pun dapat tahu daripada youtube ,maklumlah dunia dah maju sekarang ..saksikan sedutan video di bawah ini ..


oh come on ,kita sesama melayu ..maaf bukan nak menyebelahi mana-mana pihak ,sebab aku sendiri masih belum cukup umur untuk pergi mengundi pilihanraya umum ..hehe

okey dah tengok video di atas ?dah puas hati ?apa ,tak puas hati lagi ?mari kita saksikan pula video di bawah ini ..

amaran !video di bawah bakal menyebabkan anda tergelak ,tidak digalakkan utntuk mereka yang ada penyakit tidak boleh berhenti gelak ..



mari kita hilangkan stress dengan melayan video hasil pelajar-pelajar UiTM Lendu ,Melaka ini ..sumpah mereka berjaya membuatkan aku gelak sampai terkeluar pusat dengan lawak parodi mereka ..tahniah kepada mereka .. :p

moral : aku taknak komen apa-apa ,nanti tak pasal-pasal aku kena ludah ..haha peace no war ! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...