Terima kasih kerana sudi membaca blog milik Nazrey Dylandy yeahh ! saya tahu blog saya tidak sehebat mana ,tapi setiap yang datang ke sini amat saya hargai ! :D

Reject tanpa berfikir

Orang tanya - apa yang aku tak setuju. Jawapan aku, semuanya. Bukan apa yang dikatakan, tapi apa yang mewakili dia. Janggut dia, rambut dia, cara dia main gitar - semua. Satu benda pun aku tak setuju. Opinion doesn't matter anymore, kan? Kalau para serbanistas boleh reject Marx atau Nietzsche atau Zizek atau Kierkegaard atau Jean Paul Sartre, tanpa melihat apa nilai moral dan kebaikan, aku pun boleh buat macam tu. Fair and square game. Nak panggil aku judgemental, so how do you?

Semua orang bercakap pasal syurga dan neraka. Nak masuk syurga dan taknak masuk neraka. Semua orang kata diri patuh dengan Tuhan rapi kalau semua cakap begitu kenapa masih huru-hara? Mana silapnya? Apa silapnya? Dan siapa yang nak mengaku silap ini?

Bukan cara sampai sahaja - cara berpakaian, cara bercakap ,cara berjalan, cara duduk, cara makan, cara bernafas, cara tidur - semuanya - simple. Sebab korang yang selalu bercakap pasal Islam dan reject para ahli falsafah Barat, main reject tanpa tengok apa yang dibawanya. Nilai sosialisme dan berkongsi sama rata macam Marx tak tengok. Setiap manusia wajib ada peluang untuk jadi seseorang yang dia mahu macam Adam Smith korang tolak.

Renung-renungkanlah manusia masa kini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...